Thursday, November 4, 2010

~TAJUK 13:PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH~

TUJUAN PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH
  • Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh.
  • Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran lebih awal dari semasa ke semasa.
  • Mengetahui keberkesanan pengajaran guru.
  • Guru dapat merancang dan mengubahsuai pengajarannya.
  • Guru juga dapat menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta - merta.
CIRI-CIRI PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH
  • Penilaian Berasaskan Sekolah merupakan satu bentuk pentaksiran dan penilaian yang dilaksanakan di sekolah.
  • Ianya diurus dan ditadbirkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
  • Terbahagi kepada 2 bentuk format pentaksiran iaitu kerja kursus / PEKA dan Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS).
KERJA KURSUS / PEKA
  • Calon ditaksir kemahiran berlisan menerusi pelbagi konteks dalam situasi pengajaran dan pembelajaran.
  • LPM membekalkan panduan
  • LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras.
  • Penskoran dan pelaporan oleh sekolah.
  • Markah dihantar kepada LPM
  • Sekolah mengeluarkan sijil.
PENTAKSIRAN LISAN BERASASKAN SEKOLAH (PLBS)
  • Calon ditaksir kemahiran berlisan menerusi pelbagi konteks dalam situasi pengajaran dan pembelajaran.
  • LPM membekalkan panduan
  • LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras.
  • Penskoran dan pelaporan oleh sekolah.
  • Sekolah mengeluarkan sijil.
PRINSIP PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH
  • Dirancang di peringkat sekolah merujuk kepada perancangan berikut:
    Murid yang akan ditaksir, bila pentaksiran dibuat, kekerapan pentaksiran,  siapa yang terlibat dalam pentaksiran, pemilihan atau pembinaan instrumen pentaksiran, penskoran, pengredan dan pelaporan dibuat oleh pihak sekolah dengan berpandukan kepada Panduan PBS bagi matapelajaran berkenaan.
  • Ditadbir diperingkat sekolah merujuk kepada usaha mengumpul maklumat pentaksiran dan dilaksanakan oleh guru pentaksir yang terlibat dalam pembelajaran murid dan pengurusan evidens.
  • Diskor di peringkat sekolah merujuk kepada proses pemberian skor kepada perkara ditaksir berdasarkan skema penskoran.
  • Dilaporkan diperingkat sekolah merujuk kepada perumusan skor oleh guru pentaksir bagi mendapatkan tahap penguasaan pelajar. 
  • Perumusan skor akan dibuat berdasarkan prinsip rumusan yang telah ditetapkan oleh peraturan penggredan yang telah dibina.
  • Kerangka yang ditetapkan merujuk kepada prinsip dan konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah.
ASPEK YANG DINILAI
  • Daya kreatif – contoh; mereka cipta, melukis.
  • Kemahiran proses sains – contoh; memerhati, membuat inferens.
  • Perlakuan dan amalan nilai – contoh; membantu, berdikari.
  • Sikap – contoh; bersemangat untuk belajar, gigih bekerja.
  • Kesihatan dan kecergasan – contoh; sihat, cergas dan aktif.
  • Kemahiran kinestetik – contoh; bersukan, bergerak secara kreatif.
  • Bakat dan minat – contoh; kesungguhan membuat sesuatu, kelebihan dalam sesuatu bidang.

~TAJUK 12:PENILAIAN BAHASA BERASASKAN PROJEK~

BROSUR
Risalah yang memberikan maklumat atau keterangan ringkas tentang sesuatu.
    RUBRIK PEMARKAHAN BROSUR
    TAHAP   
                    KRITERIA
    LEMAH
    (0-5 MARKAH)
    SEDERHANA
    (6-8 MARKAH)
    CEMERLANG
    (9-10 MARKAH)
    KREATIVITI DAN KEASLIAN
    Kurang kreatif dan mengambil daripada sumber lain (plagiat).
    Mempunyai kekreatifan dan keaslian.
    Mempunyai kekreatifan dan keaslian serta mampu menarik perhatian umum.
    FUNGSI
    Rekabentuk dan paparan salah.
    Rekabentuk dan paparan betul tetapi kurang menarik perhatian.
    Rekabentuk dan paparan brosur kelihatan seperti brosur yang sebenar.
    TATABAHASA
    Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang lemah.
    Penggunaan tatabahasa dan ejaan baik tetapi masih boleh diperbaiki lagi.
    Penggunaan tatabahasa dan ejaan baik, jelas dan tidak mengandungi kesalahan.
    ILUSTRASI
    Menggunakan ilustrasi yang sedikit atau tiada langsung ilustrasi.
    Menggunakan ilustrasi sekadar mencukupi syarat.
    Menggunakan ilustrasi yang pelbagai, menarik dan sesuai.

    IKLAN
    Maklumat atau pemberitahuan maklumat kepada orang ramai melalui surat khabar,televisyen, radio dan sebagainya.
      ASPEK YANG DINILAI:
      Dari segi penyampaian:
      - Surat Khabar
      - Televisyen
      - Radio
      Menepati tema / kehendak soalan. 
      Laras bahasa yang digunakan sesuai atau tidak.
      Intonasi, jeda yang digunakan baik atau lemah. 
      Tatabahasa.
      Ilustrasi yang digunakan berkaitan atau tidak.

      POSTER    
      Notis atau gambar yang mengandungi maklumat atau pemberitahuan yang kebiasaannya ditampal pada  dinding. 
        RUBRIK PEMARKAHAN POSTER
        TAHAP   
                        KRITERIA
        LEMAH
        (0-5 MARKAH)
        SEDERHANA
        (6-8 MARKAH)
        CEMERLANG
        (9-10 MARKAH)
        KREATIVITI DAN KEASLIAN
        Kurang kreatif dan mengambil daripada sumber lain (plagiat).
        Mempunyai kekreatifan dan keaslian.
        Mempunyai kekreatifan dan keaslian serta mampu menarik perhatian umum.
        FUNGSI
        Rekabentuk dan paparan salah.
        Rekabentuk dan paparan betul tetapi kurang menarik perhatian.
        Rekabentuk dan paparan brosur kelihatan seperti brosur yang sebenar.
        TATABAHASA
        Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang lemah.
        Penggunaan tatabahasa dan ejaan baik tetapi masih boleh diperbaiki lagi.
        Penggunaan tatabahasa dan ejaan baik, jelas dan tidak mengandungi kesalahan.
        ILUSTRASI
        Menggunakan ilustrasi yang sedikit atau tiada langsung ilustrasi.
        Menggunakan ilustrasi sekadar mencukupi syarat.
        Menggunakan ilustrasi yang pelbagai, menarik dan sesuai.

        LAMAN WEB 
        Dokumen elektronik pada paparan skrin komputer yang kebiasaannya mempunyai teks, grafik, bunyi dan sebagainya tentang sesuatu institusi, organisasi, persatuan, individu yang dapat dicapai melalui internet.

        POWER POINT
        Pakej persembahan grafik yang lengkap dan ianya menyediakan semua keperluandalam mengeluarkan persembahan secara professional. Mempunyai ciri-ciri seperti "Background Format", "Animations", "Drawing" dan sebagainya.
          ASPEK YANG DINILAI:
          • Warna, pengurusan ruang, dan kreativiti.
          • Keberkesanan kesinambungan persembahan.
          • Ketepatan isi kandungan.
          • Kelengkapan laporan.
          • Cara penyampaian maklumat.
          • Masa terhad untuk persembahan.

          ~TAJUK 11:PENILAIAN PENGALAMAN PEMBELAJARAN~

          DEFINISI PENILAIAN PENGALAMAN PEMBELAJARAN
          • Kegiatan untuk mendapat informasi tentang pencapaian dan kemajuan belajar serta pendidik dan mengefektifkan penggunaan informasi tersebut untuk mencapai tujuan pendidikan.   
          • Satu kaedah untuk mengetahui perkembangan hasil belajar, intelegensi, bakat khusus, minat, hubungan sosial, sikap dan keperibadian siswa atau pendidik. 
          PERLAKSANAAN PENILAIAN PEMBELAJARAN
            
          KOMPETENSI ASAS
          - PKN : menerapkan hidup berdisiplin  di
                       rumah dan sekolah.
          INDIKATOR
          - Menyebutkan keluarga yang tinggal di rumah.
          - Memberi contoh hidup berdisiplin di rumah dan
            sekolah.
          - Melakukan sikap hormat terhadap orang lain
            (orang tua, guru)
           
          LANGKAH-LANGKAH PERLAKSANAAN
          i- Kegiatan awal (induksi):
             - Menyanyi lagu berkaitan topik / tema pada
               hari tersebut.
           ii- Kegiatan inti:
               - Menceritakan hidup rukun di rumah dan
                 sekolah.
               - Memberi contoh hidup rukun di rumah dan
                 sekolah.
               - Menceritakan pengalaman manis / pahit
                 hidup berukun di rumah / sekolah.
          iii- Kegiatan akhir :
               - Melaksanakan tugasan.
               - Aktiviti penutup.
          KAEDAH, SUMBER, MEDIA PEMBELAJARAN
          i - Kaedah:
              - Ceramah, Soal jawab
          ii - Sumber:
               - Buku teks
          iii- Media Pembelajaran:
               Komputer riba, Teks
          PENILAIAN
          - Melalui :
            Lisan, bertulis, afektif / portfolio.

          ~TAJUK 10:PENILAIAN AKTIVITI BAHASA~

          FORUM
          • Forum merupakan satu sesi perbincangan yang melibatkan beberapa ahli panel untuk mencanai fikiran dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu tajuk, di mana ia dijalankan secara formal. 
          • Teknik berforum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai iaitu pelajar akan  berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara langsung untuk meningkatkan  kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas, objektif, kreatif dan rasional. 
          • Dalam sesi forum, soalan daripada penonton boleh diajukan kepada para panel untuk mendapatkan ulasan lanjut. 
          • Pelajar diberikan tajuk yang mudah, menarik tetapi mencabar selaras dengan kemahiran, pencapaian serta peringkat umur pelajar.
          DEBAT
          • Pelajar diberikan tajuk yang mudah, menarik tetapi mencabar selaras dengan kemahiran, pencapaian serta peringkat umur pelajar.
          • Ia terdiri daripada dua pihak iaitu pihak pertama merupakan pihak penyokong tajuk perdebatan manakala pihak kedua ialah pembangkang kepada tajuk tersebut. 
          • Huraian yang dilontarkan mestilah berpandukan kepada fakta serta contoh daripada maklumat yang kukuh dan bernas.
          • Setiap pihak haruslahr yakin dan sentiasar menegakkan fakta yang diutarakan berdasarkan tajuk yang diberikan. 
          • Sekiranya fakta yang diberikan pihak penyokong tidak bernas, maka pihak pembangkang boleh mengangkat tangan dan meminta izin laluan untuk membetulkan fakta tadi. 
          • Setelah selesai, maka sesi pengulasan akan dibuat.
          PIDATO
          • Ia mengandungi huraian isi-isi yang melibatkan fakta-fakta atau prinsip-prinsip berdasarkan tajuk yang diberikan. 
          • Interaksi satu hala di mana pemidato membentangkan hujah-hujahnya di depan penonton. 
          • Berpidato merupakan penerangan, memberi interpretasi dan menghuraikan idea-idea untuk menguatkan fakta yang diketengahkan. 
          • Ini membolehkan penyampaian isi pidato lebih kukuh kerana adanya fakta beserta contoh yang diberikan. 
          • Pidato dimulakan dengan kata2 aluan kemudian perkenalkan tajuk. 
          • Ia menitikberatkan intonasi serta gaya penyampaian yang tersendiri. 
          • Keyakinan diri iaitu kepetahan bercakap, kelancaran menggunakan bahasa, nada suara pelbagai, gaya badan dan mimik muka yang sesuai.
          PANTUN
          • Satu bentuk puisi lisan yang bersifat peribumi. 
          • Rangkap-rangkap yang mudah dan ringkas yang terdiri daripada pembayang dan maksud. 
          • Ia menitikberatkan gaya penyampaian dan alunan bacaan pantun tersebut. 
          • Kesinambungan bunyi di hujung setiap baris. 
          • Ia terdiri daripada penjual pantun dan pembeli pantun. 
          • Gaya bahasa yang berbunga-bunga dan keindahan persekitaran turut diselitkan.
          SAJAK
          • Satu bentuk puisi lisan moden. 
          • Ia berbentuk bebas iaitu rangkap dan temanya tidak terikat. 
          • Ia menitikberatkan intonasi dalam mendeklamasikan sajak. 
          • Gaya bahasa yang pelbagai dan bercampur-campur.
          • Penggunaan kata dan ungkapan saling berkait dan terjalin erat berdasarkan makna dan irama.
          CERAMAH
          • Ceramah merupakan pengemukaan fikiran / idea-idea melalui perucapan dan disampaikan secara syarahan dua hala. 
          • Penceramah akan memberikan penerangan sehingga selesai informasi atau maklumat yang disampaikan.
          SYARAHAN
          • Aktiviti jenis ini berformat khusus iaitu kata-kata aluan /pendahuluan, kata-kata penghadapan , isi dan penutup. 
          • Penerangan dan penjelasan tentang tajuk syarahan perlu disampaikan secarateratur, mantap dan berkesan. 
          • Isi-isi syarahan perlu berdasarkan fakta-fakta yang tepat beserta contoh-contoh yang relevan. 
          • Isi-isi utama pula perlu disokong dengan isi-isi sampingan. 
          • Penggunaan tatabahasa yang betul serta gaya penyampaian yang penuh dengan keyakinan.

          ~TAJUK 9 : PENILAIAN KEMAHIRAN BAHASA~

          ENILAIAN KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
          • Dibuat untuk mendapatkan maklumat hasil interaksi antara pelajar dengan pendidik, pelajar dengan pelajar dan pelajar dengan bahan pembelajaran.
          ASPEK YANG DINILAI :
          • Kefahaman konsep
          • Pengetahuan fakta
          • Pemikiran peringkat tinggi
          • Kecekapan mendengar
          • Penggunaan bahasa yang tepat
          • Gaya persembahan / Kelancaran bahasa
          PENILAIAN KEMAHIRAN MEMBACA
          • Kemahiran membaca merupakan keupayaan murid membaca ayat dengan lancar serta sebutan, intonasi dan jeda yang betul.
          • Proses membaca melibatkan proses mental yang kompleks iaitu merangkumi proses seperti mengecam perkataan, memilih makna yang sesuai, menghubungkaitkan idea dengan pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada, menyusun idea dan membuat generalisasi dan penilaian.
          ASPEK YANG DINILAI:
          • Penggunaan bahasa yang tepat.
          • Kelancaran bahasa yang tepat.
          • Penggunaan intonasi yang betul.
          • Sebutan dan jeda yang tepat.
          PENILAIAN KEMAHIRAN MENULIS
          • Kemahiran menulis lebih sukar dikuasai oleh murid-murid. Murid-murid biasanya mendapat lebih pendedahan, latihan dan penggunaan kemahiran bertutur berbanding dengan kemahiran menulis. 
          • Sehubungan itu, guru harus menggunakan pelbagai strategi serta kaedah dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan kemahiran menulis. Perkara ini dapat membantu murid-murid ketika membuat penulisan. 
          ASPEK YANG DINILAI:
          Penggubahan dan penghuraian.
          - Ayat yang spesifik / terhurai.
          - Ujaran / idea yang digunakan.
          Penyusunan dan gaya.
          - Penyusunan dan penerangan yang logik.
          - Jelas, bersepadu dan mempunyai fokus serta pertalian yang logik.
          Membaca semula dan menyemak.
          - Tatabahasa, tanda bacaan, ejaan.
          Perbendaharaan  Kata.
          Pengaplikasian / menyebar idea / membuat rumusan.