ENILAIAN KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
- Dibuat untuk mendapatkan maklumat hasil interaksi antara pelajar dengan pendidik, pelajar dengan pelajar dan pelajar dengan bahan pembelajaran.
ASPEK YANG DINILAI :
- Kefahaman konsep
- Pengetahuan fakta
- Pemikiran peringkat tinggi
- Kecekapan mendengar
- Penggunaan bahasa yang tepat
- Gaya persembahan / Kelancaran bahasa
PENILAIAN KEMAHIRAN MEMBACA
- Kemahiran membaca merupakan keupayaan murid membaca ayat dengan lancar serta sebutan, intonasi dan jeda yang betul.
- Proses membaca melibatkan proses mental yang kompleks iaitu merangkumi proses seperti mengecam perkataan, memilih makna yang sesuai, menghubungkaitkan idea dengan pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada, menyusun idea dan membuat generalisasi dan penilaian.
ASPEK YANG DINILAI:
- Penggunaan bahasa yang tepat.
- Kelancaran bahasa yang tepat.
- Penggunaan intonasi yang betul.
- Sebutan dan jeda yang tepat.
PENILAIAN KEMAHIRAN MENULIS
- Kemahiran menulis lebih sukar dikuasai oleh murid-murid. Murid-murid biasanya mendapat lebih pendedahan, latihan dan penggunaan kemahiran bertutur berbanding dengan kemahiran menulis.
- Sehubungan itu, guru harus menggunakan pelbagai strategi serta kaedah dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan kemahiran menulis. Perkara ini dapat membantu murid-murid ketika membuat penulisan.
ASPEK YANG DINILAI:
•Penggubahan dan penghuraian.
- Ayat yang spesifik / terhurai.
- Ujaran / idea yang digunakan.
- Ayat yang spesifik / terhurai.
- Ujaran / idea yang digunakan.
•Penyusunan dan gaya.
- Penyusunan dan penerangan yang logik.
- Jelas, bersepadu dan mempunyai fokus serta pertalian yang logik.
- Penyusunan dan penerangan yang logik.
- Jelas, bersepadu dan mempunyai fokus serta pertalian yang logik.
•Membaca semula dan menyemak.
- Tatabahasa, tanda bacaan, ejaan.
- Tatabahasa, tanda bacaan, ejaan.
•Perbendaharaan Kata.
•Pengaplikasian / menyebar idea / membuat rumusan.
0 comments:
Post a Comment