PENILAIAN MELALUI PORTFOLIO
- Portfolio ialah satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mengumpul dan merekod bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui bersama.
- Terdapat beberapa jenis portfolio untuk tujuan dan konteks pembelajaran yang berbeza. Selain portfolio, rekod anekdot dan lain-lain bukti pembelajaran yang lain boleh digunakan untuk menghasilkan penilaian yang menyeluruh.
- Portfolio berbentuk dokumentasi yang berstruktur. Ia memerlukan perancangan, pelaksanaan dan penilaian yang teliti.
- Proses pembelajaran dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dan fakta dari peringkat awal hingga ke akhir.
TUJUAN PORTFOLIO
- Memberi peluang pelajar mendokumentasi kemahiran dan pengetahuanyang diperoleh melalui pengalaman sewaktu menyempurnakan tugasan.
- Menggalakkan pelajar menyemak dan menganalisis pembelajaran merekasecara sistematik.
- Menyediakan ruang pelajar membuat refleksi dan menentukan matlamat peribadi.
CIRI -CIRI PORTFOLIO
- Menggambarkan sejelas-jelasnya aktiviti pelajar iaitu rasional, matlamat, halatuju, prosedur kerja, pengalaman dan harapan.
- Sesuatu yang dilaksanakan oleh pelajar secara auntentik. Ini adalah kaedah konkrit untuk pelajar menghasilkan kerja melalui pengalaman sendiri ketika melakukan kerja-kerja amali atau kerja-kerja lapangan.
- Menunjukkan perlakuan pelajar yang dibimbing oleh guru seperti ulasan, komen, dan cadangan harus direkod untuk menghadapi dan mengatasi sesuatu tugasan pembelajaran.
- Membuat catatan pembimbing yang membantu pelajar merenung dan membuat refleksi tentang kerja yang dibuat untuk menentukan tindakan susulan.
- Kriteria penilaian yang dipilih diterangkan dan dipersetujui bersama dengan pelajar sebagai penggalak kepada pelajar untuk mengambil bahagian secara aktif.
JENIS - JENIS PORTFOLIO
- Portfolio kerja harian
- Portfolio hasil terbaik
- Portfolio Dokumen
MENILAI PORTFOLIO
- Berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan dan berfokuskan kepada perkembangan pelajar dalam aspek kemahiran- kemahiran, pengetahuan dan kefahaman.
- Menggunakan peta perkembangan pembelajaran pelajar yang memberi gambaran perkembangan yang lebih menyeluruh dari awal hingga akhir.
- Menggunakan inferens dengan rekod menimbang pelbagai bukti seperti hasil pemerhatian, jurnal dan rekod anekdot sebelum membuat anggaran seimbang (on-balance) tentang tahap pencapaian pelajar.
- Membuat laporan samada secara huraian atau grafik untuk memberI matlamat yang lebih lengkap dari markah mentah ujian yang hanyamembandingkan seorang pelajar dengan pelajar lain sahaja.
ASPEK PENTING YANG PERLU ADA DALAM SEBUAH PORTFOLIO
- Senarai semak yang disediakan oleh guru
- Nota-nota yang disediakan oleh guru
- Catatan jurnal.
- Buku log
- Refleksi kendiri
- Gambar dan foto
PENILAIAN MELALUI PEMERHATIAN
- Penilaian melalui kaedah ini dilakukan secara berterusan mengikut jangka waktu yang ditentukan bagi membantu guru mendapat maklum balas tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
- Aspek yang diperhatikan menyeluruh meliputi aspek kognitif,afektif dan psikomotor yang melibatkan juga faktor-faktor bahan dan persekitaran.
JENIS PEMERHATIAN
- Memerhati sesuatu tanpa membuat tafsiran dan tanggapan.
- Memerhati apa yang telah dirancang secara ‘open ended'.
- Memerhati untuk jangka pendek dan jangka panjang.
FUNGSI PEMERHATIAN
- Melihat perkembangan individu atau kumpulan dalam sesuatu proses pembelajaran.
- Dilakukan oleh pelajar untuk melihat tahap pencapaian sendiri atau rakansebaya dalam sesuatu pembelajaran.
- Dilaksanakan oleh pelajar untuk menjalankan sesuatu tugasan seperti projek.
0 comments:
Post a Comment