UJIAN FORMATIF
- Ujian Formatif adalah bahan atau alat ujian yang dibina oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran atau subkemahiran bahasa yang diajar.
- Biasanya skop pengajaran dan pembelajaran ujian tersebut agak terhad dan tidak luas.
- Tujuan utama guru menjalankan ujian formatif untuk memperbaiki lagi mutu proses pengajaran dan pembelajaran.
- Ujian Formatif dapat mengesan kelemahan dan pembelajaran murid secara serta-merta.
- Biasanya ujian ini dijalankan dalam bentuk pemerhatian atau pun dalam satu siri ujian yang pendek.
UJIAN SUMATIF
- Ujian sumatif ialah proses penilaian yang dijalankan secara menyeluruh pada akhir satu peringkat pembelajaran untuk menentukan tahap pembelajaran dalam kalangan murid.
- Skop pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk ujian sumatif diasaskan dan dibina secara luas dan melibatkan kesemua kemahiran dan aspek bahasa.
PERBEZAAN UJIAN FORMATIF DENGAN UJIAN SUMATIF
UJIAN FORMATIF | PERBEZAAN | UJIAN SUMATIF |
Maklum balas kepada guru dan pelajar mengenai kemajuan dan kelemahan. | Fungsi | Pensijilan dan pengredan |
Sepanjang pengajaran | Masa | Pada akhir kursus atau unit |
Kognitif, psikomotor dan afektif | Penekanan | Kognitif |
Terhad kepada tugasan | Sifat | Beraneka jenis |
Berubah-ubah | Kesukaran | Senang-sukar |
Dibentuk khas | Alat | Peperiksaan akhir tahun |
Rujukan kriteria | Jenis ujian | Rujukan norma |
UJIAN KEFASIHAN
- Ujian ini menilai kebolehan umum seseorang terhadap bahasa yang dipelajarinya.
- Biasanya ujian ini digunakan untuk menempatkan seseorang dalam kumpulan pembelajaran yang sesuai dengan pengetahuan dan kebolehan murid.
- Ia dinilai dari segi :
~ Penyebutan dan pengucapan dengan betul dan jelas.
~ Intonasi dan nada yang betul.
~ Pemilihan ungkapan yang betul.
~ Mimik muka yang jelas sesuai untuk membayangkan sesuatu maksud dengan jelas.
~ Posisi tubuh yang betul.
~ Pergerakan mata (mata pembaca yang lemah akan berhenti untuk menyerap perkataan).
UJIAN KEMAJUAN
- Setiap ujian kemajuan yang digunakan dalam bilik darjah adalah khusus bagi sesuatu darjah dan hanya sesuai dinilai oleh guru kelas sahaja.
- Ia juga hendaklah berasaskan kepada objektif pengajaran, program pembelajaran yang telah diikuti oleh murid dan pengetahuan yang ingin diuji.
- Ia bertujuan untuk mengukur dan menilai setakat mana murid-murid yang telah menguasai bahan atau perkara-perkara yang telah diajar tentang satu-satu tajuk tertentu.
- Hasil daripada kemajuan membolehkan guru mengetahui dengan lebih jelas tentang kemajuan setiap murid dan juga kemajuan darjahnya secara keseluruhan.
UJIAN BAKAT
- Ujian bakat biasanya melibatkan data-data bahasa yang mengandungi unsur-unsur bahasa seperti fonetik,tatabahasa dan kosa kata.
- Melalui ujian ini murid-murid akan melakukan berbagai-bagai aktiviti bahasa seperti meniru penyebutan bunyi-bunyi, mengubah bentuk, atau struktur sesuatu bahasa, menentukan makna berdasarkan konteks dan sebagainya.
- Setelah hasil ujian dianalisis guru dapat mengenal pasti murid-murid yang berbakat dan berpotensi untuk mempelajari sesuatu bahasa dengan cepat.
UJIAN PENCAPAIAN
- Ujian ini boleh dijalankan pada akhir kursus atau setelah tamatnya sesuatu unit pembelajaran.
- Sejauh mana sesuatu kemahiran itu dikuasai dalam satu jangkamasa yang ditetapkan boleh ditentukan melalui dua set ujian yang berlainan.
- Ujian ini dinamakan ujian pra dan ujian pos.
- Ia juga merupakan peperiksaan untuk menentukan penempatan jenis sekolah dan jurusan pelajar.
- Pembentukan ujian ini adalah berasaskan sukatan pelajaran.
0 comments:
Post a Comment